CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 25, 2011

kisah seorang isteri !!!


Tahun 2007, seorang wanita muda berusia 26 tahun datang ke ofis saya dengan wajah yang muram dan suram. Sepupunya merupakan pelajar di UIA dan pelajar itulah yang membawa wanita itu ke ofis saya. Saya bertanyakan wanita yang bernama A itu.."Apa yang saya boleh bantu puan?" "Panggil saya A saja Dr...tak payahlah panggil puan." A kemudiannya menyambung perbualannya. ."Dr, saya nak bercerai dengan suami saya". Saya terkejut kerana dia betul2 kelihatan tekad ingin bercerai. A memberitahu saya dia baru saja mendapat seorang cahayamata yang berusia 2 bulan waktu itu.Pernikahannya baru berusia 18 bulan.



"Kenapa nak bercerai?Suami tak berikan nafkah ke?" Wanita muda ini menjawab, "Tak dr, dia berikan saya RM300 seminggu." saya bertanya lagi utk kepastian, "RM300 seminggu atau RM300 sebulan?"?Dia menjawab setiap minggu RM300, sebulan jumlah nafkah yang diberikan RM1200. Suaminya turut membayar duit ansuran bulanan utk keretanya. Dia tidak bekerja dan mempunyai seorang pembantu. Terdetik di hati saya, bertuahnya wanita ini kerana suaminya boleh dikatakan bertanggungjawab dari sudut nafkah zahir.

Saya menyambung lagi.."jadi kenapa puan nak bercerai? Anak pun masih kecil kan?" Wanita ini mula menangis dan saya menghulurkan kotak tisu kepada dia. Dia memberitahu saya, "dari segi kewangan memang dia baik dr, tapi setiap hari dia menghina saya.saya dah tak tahan dr."

Saya bertanya lagi, "menghina yang macamana?cuba jelaskan kepada saya." A kemudiannya memberitahu saya, setiap hari suaminya mengherdiknya dengan kata-kata, "perempuan bodoh! perempuan tak sedar diri."

"Kenapa suami cakap macam tu?" A kemudian memberitahu saya, dia cuma anak org kampung dari utara tanahair, manakala suaminya pulak anak orang kenamaan di KL. "Saya tahu saya ni orang kampung, mak ayah saya pun tak kaya raya, tapi dia yang masuk meminang saya.Bukan saya masuk meminang dia dr.." Saya terdetik di hati, betullah tu..kalau dah orang terima pinangan kita, bersyukurlah. kalau tak terima kan susah jugak.?

"kalau sekali dua tak ape, ni setiap hari dr.hati saya ni rasanya dah macam retak seribu.tapi bila fikirkan anak, rasa tak tergamak pisahkan anak drpd ayahnya. kalau tak mahu cakap i love you pun tak ape dr. tapi saya dah tak tahan terima semua ni. padahal sayalah yang patut cakap dia tak sedar diri dan tak sedar diuntung." Saya tersentak dan bertanya lagi, "Apa maksud awak"?

"sebenarnya dr, dulu saya kerja di sebuah company besar. bila bertunang, dia minta berhenti.saya berhenti sebab sayangkan dia walaupun gaji dah besar masa tu. seminggu sebelum bernikah dr tahu apa jadi?" saya berkata, "Ceritalah, saya dengar". Ada org beritahu saya tunang saya pernah tidur dengan pelacur. saya rasa nak pitam dr, tak percaya...tapi org tu cakap, kalau tak percaya, tanyalah tunang saya sendiri."?Saya bertanya, "habis tu, awak ada tak tanyakan kpd tunang awak?"?Dia mengangguk dan menyambung cerita, "dia mengaku dr..memang betul tapi cuma sekali. dan saya tanya dia, gunakan kondom tak masa tu? katanya ya guna."?jadi disebabkan dia jawb gunakan alat tu lah saya cekalkan hati terima dia.lagipun dr, semua persiapan dah dibuat. tinggal 5 hari nak kenduri.saya tak mahu mak ayah saya malu."

Saya terdiam....dan wanita muda ini menyambung, "Saya tak bersyukur atau dia yang tak bersyukur dr? saya sanggup berkorban demi cinta pada dia. Berbaloikah saya terus bersabar menerima kata2 bodoh dan tak tahu diuntung?"

Perbualan kami berlangsung hampir sejam setengah..apa nasihat saya kepada dia saya rahsiakan kerana bimbang ada yang mengatakan saya nak menunjuk2. Moral of the story...selain wang ringgit, nafkah zahir dan kekayaan dunia.lebih ramai wanita yang mahukan kasih sayang dari seorang suami.bukan kata2 pujian tetapi kata-kata baik yang mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri. bukannya susah sangat pun nak ucapkan kata2 yang baik itu.tetapi kadang2 kita terlupa..hati manusia bukan dibuat daripada kayu atau batu. semua manusia ada hati dn perasaan.kita perlu berhati-hati dengan tuturkata kita. Para isteri juga ada yang bermulut laser, jadi..fikirkanlah perasaan suami sebelum bercakap atau mengeluarkan kata2 yang beracun.

pepatah Arab ada menyebut, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. pedang tajam itu sepatutnya digunakan hanya utk mempertahankan diri bila perlu.bukan utk menyakiti hati org lain, terutamanya isteri yang banyak berkorban utk suami dan anak2. isteri yang menerima kekurangan suami sedanya..isteri yang menerima dan memaafkan kesilapan silam suaminya. Ingatlah satu perkara, "kalimah atau kata2 yang baik itu juga sedekah.."

2 bulan selepas pertemuan saya dan A...saya menerima panggilan daripadanya. "Dr, alhamdulillah dia dah ada banyak perubahan walaupun belum sepenuhnya. 

0 comments:

love